Petang hari di Samarahan yang baru kehujanan membawa suasana sejuk nan damai. Kalau tidur mesti bestkan. Tapi Ekin tidur pun tengah hari tadi. Jenguk fb pula dah. Terpandang lukisan di dinding teringat masa-masa Sarawak Regatta 2012 bulan september haritu. Up date blog la alamatnya hehe.... :)
Bersama kawan Ekin iaitu Win dan Pin gi Kuching pada hujung minggu 15.09.2012 nak beli barang seperti kasut ,baju sekitar Sarawak Plaza ,Parkson la_awal sem lagi masa tu_. Pegi la kitaorang naik van tapi pakcik tu singgahkan kami kat pasar je dekat.( memang tempat van singgahkan penumpang la hihi). Jadi terpaksa la kita pergi jalan kaki untuk bahagian sebelah pasar tu yakni melalui kuching waterfront.
Kalau hari sabtu ke ahad memang tak boleh lalu la Indian Street_banyak na orang_sempat belek-belek baju kat situ hehe. Memang tahu masa tu ada event kat kuching waterfront tapi tak terfikir nak tengok or join sekali ke. Tapi masa sampai depan waterfront mak I meriahnya. Apa lagi kami bertiga tumpang sekaki hehe..(kami memang pencinta event pun)
nie masa mula sampai depan jalan waterfront tu..nampak banyaknya yang jual makanan uuuuu meriah meriah hehe...(klik pin kena snap hihi)
Oleh itu,kami tiga enjoy event nie sepanjang melalui waterfront untuk menuju tempat yang direncanakan sebelum. Sempat melancong sedikit sasaran hehe. Tak pa dapat bonos bah.
win & pin
ambik gambar lok hehe (kacak cermin mata baru cdak hihi)
ekin & pin...pakai payung di tengah hari (pukul berapa entah masa tu)
nie gambar kat seberang waterfront.Masa nie lumba perahu lom start lagi. Jadi kita orang tak da tengok la sebab sekejap je kat waterfront tu sekadar lalu je. Tapi suasana memang terbaik la walau panas-panas tapi meriah teratur.
tempat parking tak payah cakap la hehe...meme sesak la. Pelbagai aktiviti menarik dan pameran diadakan selain perlumbaan perahu yang menjadi objek utama event ini diadakan.
nie la suasana kat waterfront orang ramai yang datang ke event Sarawak regatta nie. Bestnya tempat waterfront yang sememangnya tempat sesuai untuk bersantai dan teduh oleh pokok yang reduh serta masih terpilihara itu.
hah..nie la keja kami tiga lama-lama kat waterfront tu bukannya terus pergi beli barang sepatutnya hihi. Tengok orang ramai bekumpul gi la tengok apa lah kan. Rupanya ada kartunis tengah melukis gambar . Apa lagi hehe kami pun nak juga untuk dijadikan kenangan. (Rm 10 untuk lukisan tidak berwarna)The best A.K.A terbaikla untuk kartunis/artis Manzar Madeir becoz dah lukis gambar kitaorang hihi.
bergambar lok ngan pelukis ya hehe..Thanks
giliran sa pula hehe. Seronok la & kagum dengan bakatnya
then win pula lastly. Suruh gi lukis ngan pelukis lain tak nak, nak dia juga hehe.(gurau je hehe)_kacak rambut hehe_
Tu la kenangan kita orang sekadar sepintas lalu ja haritu. Sampai tak sedar waktu dah pukul berapa masa tu. Mana tak beli barang kelam kabut je. Mana nak balik hari hujan pula tu. Memang lengkap la hari tu. Alhamdullilah selamat pulang. Enjoy that day.
No comments:
Post a Comment