Assalamualaikum ku ucapkan pembuka bicara...(cewah hihi)
Lama tak update blog nie ye..mana tak nya sibuk sana sini sehabis cuti. Belum sempat nak rehat balik Unimas kena Pameran Tahun 3 Pengurusan Seni. Letih tak terkata semua komitmen diperlukan.
Esokkan cuti sempena Hari Deepavali ye ye hihi...dapat juga cuti setelah minggu lepas yang tersangat sibuk. Selamat Hari Deepavali bagi kawan-kawan yang merayakan . Bagi yang tak dapat balik tu bersabar ya (cari la pengalaman beraya di tempat orang jangan sedih ya)
Dalam hidup yang penuh kesibukan dengan pameran, asngmnt, mid term n study gigi ku yg sakit selama sebulan tu la paling membuat ku merana huhu...sakit tak terkata. Alhamdulillah di sela sela kesibukan sempat juga ku mencuri masa untuk jumpa doktor dan akhirnya dicabut pada pk11 pagi .Tak sampai 10 minit pun tapi aku cari masa sebulan baru jumpa satu hari yang lapang untuk mencabut gigi ku ini. Isshh sibuk memanjang.
Nie la tips-tips berdasarkan pengalaman ku pertama kali mencabut gigi kununnya la berserta nasihat daripada orang berpengalaman di sekeliling ku...Thanks my mom n my friends...
Sebelum cabut gigi
1.) Pastikan gigi tidak dalam keadaan sakit ketika hendak jumpa Doktor. Nanti pun Dr suruh korang balik juga sebab gigi tengah sakit tak boleh dicabut dan banyak pendarahan berlaku..kan menyiksa diri jugakan. Makanlah ubat penahan sakit ok.
2.) Sebelum jumpa Dr makan sebanyak yang boleh hehe. Lepas cabut gigi mana ada mood nak makan dan tak boleh makan benda keras nanti tersangkut kat gusi yang berlubang tu...lagi la sakit.
Selepas Cabut Gigi
1.) sampai kat rumah makan terus la ubat penahan sakit yang diberikan oleh Dr ok sebelum ubat bius tu habis
2.) Kumur-kumur dengan air ais untuk menghentikan pendarahan gigi.
3.) Elakkan minum air atau makanan panas. Hal ini kerana menggalakan pendarahan berlaku.
4.)elakkan juga makan makanan yg keras dan pedas. makan makanan seperti bubur.
5.) berehat la dan tidur agar korang tak terlalu sibukan gigi korang tu..(lidah memang gatal nak ganggu ruang kosong tu kan)
IsyaAllah pendarahan berhenti selang beberapa jam kemudian.
lega dah buang Gigi yang rosak tu. Tak lah muka monyok je time makan hehe. K bye you all....
No comments:
Post a Comment