Pages

Friday, 30 November 2012

OFF TO SIBU_MUKAH



gambar ambik dari google..


_Assalamualaikum_

Hari tu semasa nak balik cuti, Auntie suruh la kita balik umah dia dulu sebelum balik umah sendiri yang kebetulan kat Sibu. Mula-mula malas la nak ikut tapi auntie ajak jalan-jalan gi Mukah selama 2 hari di sana.


Tertarik la ngan ajakan auntie kita hihi...Memandangkan ada orang ajak pergi sana susah la nak lepaskan peluang (thanks auntie n uncle bcoz sponser money, food,transport n tempat tinggal) i'm so happy la. Bukan selalu pun kan.Peluang la menjelajah salah satu tempat di Sarawak.


Kami ke sana pun bertujuan menjenguk adik auntie saya yang telah menetap di Mukah mengikut suaminya yang bekerja di sana. Jarak Sibu ke Mukah kira-kira 1 jam lebih atau 2 jam  mengikut kelajuan pemandunya lah..Jalan raya ok masih baru cuma banyak lori yang melambatkan perjalanan.




welcome to mukah (pemandangan dari sebelah kanan saya)




ini penglihatan dari sebelah kiri saya...



Ini lah yang saya lihat ketika keluar dari kereta ketika baru sampai di Mukah. Lihat tu kat tiang lampu ada Udang hihi..(mestilah tempat nie banyak udang kan)


Sungguh teruja la hihi..ya la baru pergi ke tempat orang. Kebetulan tempat auntie saya ku kat area Balingan,Mukah. 



Sebelum ke sana kami pergi ke market dulu dan berjalan sekitar pasar. Jom hihi..apa yang pasti mempunyai identiti masyarakatnya yang tersendiri. 
Antaranya kelihatan beberapa bangunan atap atau Bumbungnya yang berbentuk terendak. Terendak merupakan sejenis topi untuk masyarakat Melanau yang kaum Majoriti di Mukah.







Penglihatan daripada dalam kereta..


Mana marketnya...nah ini la dia...ingat nak cari udang la ketam ke..pi kita sampai kat sana sebelah petang dah la musim hujan jadi tak dapat la ..huhu



ini bahagian hadapan market.




bahagian luar market




bahagian dalam. seperti kebanyakan market menjual sayur atau bahan mentah yang menjadi makanan masyarakat disitu pada umumnya.





ikan mentah yang masih ada dijual pada sebelah petang 





ini adalah pemandangan di tepi atau belakang market




cantikkan..masa tu air tengah pasang..huhu




kenape ambik gambar sign board...untuk pengetahuan am..(kebanyakkan orang malas mcm saya tak baca nie)




kalau yang nie adalah di sekitar ladang Balingan Palm oil. Budak-budak itu ikut saya pergi petik kangkung hihi...subur lol kangkung nya.




segar di pagi hari ..berkabus dan sejuk..disekeling tempat tinggal auntie saya tu semua pokok kelapa sawit.




kawasan perumahan..merayau-rayau ja keja aku..tengok-tengok tempat org bah..sunyi je sebab orang2 di sana sudah pergi keja awal pagi.




owh bunga ini apa namanya ek..cantik tol la...mengembang sepanjang hari saya di sana. Sebelum saya balik ke sibu, saya minta ngan auntie saya bunga ini untuk ditanam di sana..sangat cantik kalau ditanam di pasu..




seronok dapat pergi ke Mukah. walaupun hanya sebahagian kecil sahaja tempat saya kunjungi  dalam masa 2 hari. Masa lebih banyak dihabiskan di rumah auntie saya sambil makan ikan keli panggang..hihi(bab makan jangan cerita memang tak habis hihi).


  • kali nie tak da edit gambar just tukar saiz gambar je agar mudah di upload je. semua gambar ori punya ok hihi _sony cyber-shot 16.1 megapixels.


















No comments:

Post a Comment

.
.
.
.
g
o
l
B
y
M
o
t
e
m
o
c
l
e
W