Pages

Saturday 1 December 2012

My Baby Kaktus A.K.A Mini Kaktus

Hey u alls...

Sedar tak sedar dah seminggu saya dah ada roommate baru.

Tapi bukan roommate manusia hihi sebab saya tinggal  kat bilik single je. Pada hari Ahad minggu lepas saya ikut kawan pergi pasar minggu kat Wisma Satok. Masa tu lah saya membeli dua baby kaktus. Comel tau siap beli ngan baja n assesori sekali. Memang sedari kecil lagi saya lebih berminat menanam daripada membela binatang. Itu lah kecintaan saya terhadap alam. 

Saya letak tepi meja laptop hihi boleh la cuci mata jap tengok yang comel-comel kan. Kalau saya tak pergi kuliah baru letak tepi tingkap, takut hari hujan. Maklum la kaktus nie sangat sensitif ngan air. Hanya sekali seminggu baru boleh siram air. Tu pun tak boleh banyak . 

Setakat nie saya belum pernah bela haiwan lagi. Ada la kuching terbiar dan punya jiran saya datang ke rumah setiap petang selepas kami keluarga makan malam. Mereka macam tahu-tahu je jam berapa saya buang tulang2 atau bekas makan malam kat longkang . Seronok juga tengok mereka makan. Kalau tumbuhan mana dapat tengok mereka makan kan.hihi..



jengx3...comel kan after 1 week




apa lah nama nya ek..huhu 






ada aksesori kura-kura warna kuning...kiutx2




nie aksesori burung kenyalang 




their first day in my house..ibuh malu2 hihi




peneman setia di kala belajar hihi...dah kepala ku pening belajar bahasa jepun ku pun ambik gambar ..hihi


owh my bahasa Jepun ...konbanwa u alls..

itu la kisah saya ngan tumbuhan comel yg satu nie..
.SETIAP ORANG MEMILIKI KESUKAANNYA YANG TERSENDIRI,
KADANG-KADANG GAGAL ORANG FAHAMI ANDAI KESUKAAN KAMU ANEH,
TAPI IA MAMPU MENYENANGKAN HATI,
SO PEDULI APA LAH HIHI....

KBYE... : D










No comments:

Post a Comment