Pages

Saturday 16 November 2013

ROTI CANAI GORENG KAPIT


Setiap tempat mempunyai keistimewaan makanannya yang tersendiri. Salah satu nya adalah dari Kapit,Sarawak.  Di pekan Kapit ,terdapat satu tempat makan yang dinamakan Gelanggang Kenyalang atau dipanggil GK sahaja oleh penduduk tempatan. Di sini terdapat beberapa penjual Roti Canai Goreng Kapit.

Roti Canai Goreng Kapit ini sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dan juga penduduk luar Kapit yang datang untuk merasa roti canai ini. Dinamakan Roti Canai Goreng Kapit kerana roti canai seperti ini hanya terdapat di Kapit, Sarawak sahaja. Keunikan ia juga adalah berbeza daripada roti canai mamak kerana cara memasak roti canai ini adalah digoreng. 

Dimana doh yang dileperkan sebesar pinggan kecil dan digoreng dengan minyak yang panas dan banyak  di kuali. Faktor kesukaran mendapatkan tempat pembakaran roti canai menyumbang kepada idea menggoreng menurut salah seorang penjual roti canai ini. Selain itu juga , roti canai ini dimakan bersama sambal nasi lemak dan kari ayam. Unik bukan.


Soal rasa....tidak cukup cara memasaknya yang berbeza kerana rasa nya sedap dan ranggup menjadi tarikan sebenar roti canai goreng ini. Lapisan roti canai ini juga lebih tebal daripada roti canai mamak yang selalu kita makan. Roti canai goreng Kapit terdapat dua jenis yakni roti canai kosong yang berharga Rm 2.00 dan roti canai telor berharga Rm 3.00. Roti canai kosong paling menjadi pilihan ,apatah lagi pekena air Teh C Peng perrrrhhhh mantap hehe....


Oleh itu, kalau datang ke Kapit Jangan lupa merasa ok. Apa yang pasti roti canai goreng Kapit mempunyai rasa yang tak terlupakan. Bayangkan hari biasa pun boleh habis stok apatah lagi musim cuti. Kalau saya memang minta sambal lebih la hehe...


Ini kari ayam yang menjadi peneman makan roti canai ..

Nah ini la kesukaan saya.. sambal nasi lemak. kalau diguna makan roti canai memang cun la. Tetapi sambal ini hanya asas sahaja pembuatan dia iaitu bawang bombay atau orang sini sebut bawang bakung, cili boh atau cili kering dan gula. Sambal ini walau merah warna dia tetapi dibuat manis untuk peneman makan roti canai ini.


makan pakai tangan lagi best..kan ..


wah sedap.. sapa pernah makan nang telan aik liur nangga gambar tok sebab dah tauk asanya nya ginei..bena sik


tebal,ranggup dan dimakan panas nang perrhh..kalau yang macam ini disebut roti canai kosong mun kita order. Roti canai telo tak ada pula gambar dia sebab jarang makan jenis ya..


tadaaa.... cam tok upanya mun digabung semua...

jangan lupa cuba mun gi Kapit, Tak kenal maka tak cinta..pewiit



2 comments: