Pages

Sunday 29 September 2013

WELCOME TO KAPIT,SARAWAK MALAYSIA

Assalamualaikum my dear friends

Selamat Datai
Welcome
Selamat Datang

Kapit ,Sarawak Malaysia

Kapit merupakan salah satu bahagian di negeri Sarawak. Pelbagai etnik dan agama terdapat di Kapit. Kaum Iban merupakan majoriti atau paling ramai . Pelbagai keunikan terdapat di sini dimana tidak terdapat di tempat lain.



Hanya Kapit sahaja bahagian yang tidak terhubung jalan raya di negeri Sarawak. Oleh yang demikian kalau hendak datang ke Kapit hanya melalui jalan air sahaja dengan menggunakan bot express. Jalan raya dari sibu ke kapit pula masih dalam proses pembuatan yang tidak diketahui bila akan siap..hurrm




Pemandangan yang indah, Sungai batang rajang.Kapit adalah sebuah pekan kecil yang menjadi tumpuan penduduk rumah panjang dan masyarakat sekitarnya untuk mendapatkan keperluan harian atau urusan berjual beli dan sebagainya.



Inginkan keunikan, keindahan alam,budaya yang pelbagai datanglah ke Kapit Sarawak.




Penduduk juga masih mengekalkan cara hidup tradisi yang masih terpelihara walau arus pemodenan menerpa. Best balik kampung nenek naik perahu sambil melihat keindahan alam.



*Terima kasih buat guru-guru yang datang jauh-jauh terutama dari Semenanjung memberikan didikan buat anak Sarawak terutama di kawasan Kapit yang terpencil. Jasa semua guru yang sabar meberikan Ilmu di pendalaman tidak dapat kami balas. Hanya ucapan Terima kasih yang tidak terhingga dan doa mampu kami beri. 


No comments:

Post a Comment