Pages

Monday 25 February 2013

Minggu Kedua

Assalamualaikum ya kasih..

Apa cerita hehe. Tak sedar dah masuk minggu kedua O. Hari isnin panjang huhu.(mesti banyak yang suka hari isnin kan kan). Alhamdulillah kuliah berjalan lancar. Bestnya dapat jumpa member2 yang baru pulang bercuti tu. Cerialah sikit muka aku kat kelas.Ada lah kawan yang nak di kacau. Thanks to my fwen pin yang temankan makan di tangga tadi.(kesian tak sempat makan tengah hari, beli makanan di kiosk je).Kisahnya bermula setelah tamat jam kuliah hoho (APAKAH??). 

TADAAAAAAA.....jeng jeng



kreatif tak aku punya susunan hehe. Alhamdulillah dapat vaucer minggu lepas. Pelbagai pandangan daripada pelbagai pihak tentang kertas warna coklat ini.Apa yang pasti semoga bermanfaat kepada penerimanya. Nasib baik dah ambik masa minggu lepas,tak la berbaris panjang macam hari nie.huhu.

Hari nie la ekin pergi tebus ka student pavilion unimas. Alhamdulillah kedatangan pihak POPULAR memudahkan pelajar membeli buku dengan vaucer tersebut tanpa perlu keluar ke kuching jauh-jauh dan jimat belanja. Lama pula tu ada ,sampai 1 mac ini kalau tidak silap baca. Dengan ruangan yang luas dan pelbagai barangan seperti buku,alat tulis,peralatan elektronik,fail dan banyak lagi menbuatkan pelajar unimas  atau pembeli bebas memilih dan selesa bergerak. Tahun ini pihak POPULAR mengadakan syarat pembelian 80% peratus buku dan bakinya 20 % baru alat tulis yang ada. Ramai juga pelajar yang tidak tahun konsep ini hingga lama di kaunter kerana mengatur pembelian agar mengikuti syarat.Termasuk saya sekali (huaaaaaaa terpaksa pulangkan barang alat tulis yang banyak-banyak aku ambik tadi). 


Kan best kalau macam tahun lepas ,diberikan kebebasan membeli macam tahun lepas. Ada sebab mereka tersendirilah buat macam itu. Cadangan saya lah mungkin pihak POPULAR perlu perbanyakan buku Ilmiah atau buku untuk course program universiti (ada ke student nak beli ?? kalau macam saya memang cari lah). Tapi tengok tadi student perempuan angkat 4 ,5 ,6 sekali novel. (kalau aku yang buat macam itu letih dengar mak berleter ). Banyak buku Agama yang menarik tadi ku lihat bingung nak pilih yang mana. Kawan tanya tak nak novel ke..errr saya kureng sikit lebih suka pinjam kat library kihkih.





tadaaaaa...dua buku yang cukup menarik saya untuk menjadi pilihan (saya mempuyai tabiat memilih buku yang ada tulisan best seller kihkih entah kenapa) 80% dari vaucer RM100 > RM 21.90 + RM60.50 = RM82.40.




baki 20% tu ekin beli kertas A4 dan buku tulis RM9.90 + 10.90= 20.8. Fail yang  colour comel RM2.00 satu. Lebih kena bayar pakai duit sendir la sebanyak Rm7.20 tadi. ekin perhatikan murah betul Popular punya kertas A4 hanya 9.90.(banyak senyum hehe biasanya beli RM13 atau 14 ).  Baki RM150 lagi ekin belum pakai.tengok la nanti nak beli apa lagi huhu. Banyak pening antara keperluan dan kehendak. Pengguna bijak la nie hehe..agar duit pemberian itu tidak terbazir begitu sahaja .

Setelah beberapa jam ke dalam baru tersedar perut lapar. Dah la belum makan tengah hari lagi. Begitulah perempuan kalau bab beli membeli ini hehe.(mohon terasa).Hahahahhaha (gelak sakan nampak)



lokasi student pavilion Unimas Ni DI tepi Tasik animals. Cantikan pemandangan dia dari pandangan sebelah kanan saya. Memang bangunan hijau lah pemandangan hijan, pakai angin original lagi hehe.




Yang Ni pula sebelah kiri saya. Jalan menuju ke jalan JAMBATAN CINTA UNIMAS. Jalan shortcut orang putih madah untuk ke Kolej Cempaka dan Bunga Raya tapi hanya untuk pejalan kaki saja.




Pekena Nasi Kerabu dan milo peng. Nasi Kerabu di Unimas hahaha. Pemintaan pelangan yang ramai student asal Kelantan .Saya orang Sarawak pun suka makan. SEDAPPPPP...nie nasi kerabu special RM5.80 (macam mana lah rupa original dia oooo)




kawan bagi TIPs makan pakai tangan lagi sedap. So saya makan pakai tangan hehe...(tangan yang comel itu mohon tidak dihiraukan)


lepas makan balik la hehe. Alhamdulillah hari yang menyenangkan. Sekali buka FB ada post lecturer suruh hantar Final year projek khamis ini..TIDAKKKKKKKK saya pun belum siap lagi. Nampak gayanya kena berjaga la lepas nie untuk siapkan sampai BAB 5.( call kawan cakap mok pengsan baca status itu  OH TEDAHHHH)

sad ending kahkah





No comments:

Post a Comment