Pages

Saturday 16 February 2013

Welcome Back to Unimas

Assalamualaikum  :D

Selamat pagi  untuk semua. Ah....pagi yang sangat membosankan huhu.. Bangun pagi dengan suasana yang sunyi sepi menyedarkan aku bahawa tidak di rumah sendiri lagi sebaliknya di rumah bujang di Kota Samarahan. Kan best kalau ada di rumah sendiri pada waktu ini mesti masa nie sudah di kedai tolong mak dan sarapan sama-sama. Mengapa waktu bercuti sangat cepat berlalu tidak terasa kembali ke alam perkuliahan lagi. Kemanalah semangat ku dalam menuntut ilmu pergi huhu...inilah pengobanan kecil yang perlu aku lakukan ahhhhh tidak. Dah lah cuasa mendung di pagi yang sendiri ini.




sarapan pagi itu wajib hehe. nie la sarapan orang bujang yg tiada semangat kununnya (kata org sabah) di depan facebook. White coffee, roti telur Dan kuih famous. Mana dapat disamakan dengan makanan di rumah huhu..kan kan kan




hurmmmmm suasana yang menambahkan lagi rasa tidak semangat huhu..mendung di awal pagi dan suasana yang sunyi sepi. (rasa rindu menyesak di dada)




Bangun terus buka lap top untuk register course yang dah beberapa hari belum dapat atau selesai lagi. Ini juga perkara yang merunsingkan otak fikiran . Tinggal satu lagi pelengkap yang tidak dapat diisi .  Kat mana lah aku nak cari pelengkap yang tidak clash dengan pelajaran ku yang lain huhu. Belum mula kuliah pun dah sibuk. Esok bermula lah kehidupan ku sebagai seorang student huhu..sibuk memanjang dalam memenuhkan ilmu didada.

Haha lega dah meluahkan rasa yang tidak pernah bersyukur ini. Sedangkan ramai di luar sana yang berebut untuk di tempat aku sekarang dalam mendapatkan pendidikan sewajarnya huhu. Alhamdulillah ya Allah ,maafkan hambamu ini yg selalu lalai dalam bersyukur. 

Teringat masa cuti hari itu, ada seorang bekas guru ku minum di kedai tempat mak aku berjualan. Dia memangil aku untuk duduk sama dan bertanyakan khabar dan pasal pelajaran ku.  Rasa bangga guru ku menyisipkan suatu perasaan halus yang telah hilangkan oleh waktu 2 tahun yg lalu. Inilah pencarian ku selama ini akan rasa kehilangan yang ku tercari-cari apakah itu. Rupa-rupanya semangat yang ingin berjaya dan selalu ingin berusaha keras untuk membahagiankan orang tua dan guru-gurn yang telah mendidik aku telah hilang sedikit demi sedikit tanpa sedar. Perasaan sedih ku turut muncul dan kembali bersemangat  Alhamdulillah ada hikmahnya aku berjumpa dengan guru ku di pagi yang cukup bermakna itu. Semangat itu harus kekal di detik pengajian ku yang hampir berakhir itu.huhu... Ya Allah pemundahkan lah segala urusan ku dan lancarkanlah pengajian ku demi orang tua yang membesarkanku dan guru-guru tercinta yang telah mendidikku.




JOM sama semangat ok hehe... 

TIADA RESEPI RAHSIA DALAM HIDUP MELAINKAN USAHA KERAS DAN JUJUR DALAM MELAKUKAN PERKERJAAN (Jewel In The Palace)





















































No comments:

Post a Comment