Pages

Wednesday 15 May 2013

DERMA DARAH OPPSSSS

Alhamdulillah
hari ini ada aktiviti derma darah , so apa lagi ekin ekin ambil peluang. Tak lah takut sebab dah pengalaman kali kedua derma darah.
Lainlah masa pertama kali derma darah takut bukan main lagi. Ya lah mana tahu pengsan atau apa kesan selepas derma darah.

Kini kalau ada peluang ekin ambil kesempatan, walau beberapa kali gagal untuk menderma darah atas alasan tekanan darah tinggi atau tak sihat. Ekin suka menderma darah sebab dapat membantu orang yang memerlukan InsyaAllah. Macam hari ini ekin memang prepare malam sebelum iaitu tidur awal, makan sebelum beberapa jam pergi menderma, minum banyak air dan rehat secukupnya. Kalau yang baru nak menderma tu pastikan berat 45kg ke atas dan sihat ok hehe. 

Usah takut menderma, macam kawan ekin tadi dia pun boleh menderma buat pertama kali. Selama ini dia cakap nak muntah kalau tengok darah tapi tadi dia berjaya juga. Malah seronok dapat membantu orang lain dengan kemampuan kita sendiri.

InsyaAllah niat kita ikhlas. Asalkan caranya betul tak ada apa-apa yang berlaku. Ada lah tadi yang nak pengsan sebab bagi tahu yang mereka sudah makan tapi lepas tu pening-pening  pula. Niat nak menderma darah tapi cara tak betul kerana menyusahkan diri sendiri kan.

Menurut DR dapat menderma selepas 3 bulan. Boleh la membantu selalu kan. Nasib baik hari ini tak sibuk hehe. Kawan-kawan yang ada terutama yang baru nak menderma pula tanya macam mana sakit tak saya cakap macam gigit semut je hehe



hehe..buku ekin tinggal kat kampung so nati lekat sendiri la..yang sebelah tu pula gift lepas derma darah




darah merah ku mengalir.



makanan yang disediakan.air dia macam biasa hehe milo panas..ooopsss

kisah hari ini hehe. Bye bye



No comments:

Post a Comment