Pages

Sunday 15 December 2013

Waterfront Sri Aman

Sri Aman #Part 1

Assalamualaikum...

Siapa lah kita sebagai hambanya..hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. begitulah perjalanan kita di masa hadapan yang masih tidak diketahui. Tak disangka asignment dalam kelas mampu membawa perjalanan ku ke Sri Aman, Sarawak. Selama ini hanya dengar nama tempat sahaja. Ia lah ramai kawan yang berasal daripada sana. Terutama kawan yang berbangsa iban dengan dialek bahasa Ibannya yang lebih lemah lembut dan pelahan pertuturannya. 

Tujuan perjalanan kami ke sana hendak mengadakan interview penduduk kampung tentang cara hidup masyarakat iban di rumah panjang Kaong Ili ,lubuk antu Sri Aman. Memandangkan kami sampai awal di pasar Sri Aman, maka jalan-jalan dulu dekat waterfront Sri Aman. Dimana tempat itu memang terkenal dengan pesta benak. Petang-petang menyaksikan keindahan alam yakni pemandangan sungai batang lupar... Indah bukan..sampai sekarang pun masih teringat-ingat haha...

Walaupun bejalan sekejap dan sekadar berehat setelah perjalanan jauh dari Kota Samarahan, kami cukup puas. Kami sekawan bejalan sekitar waterfront dan bukit tempat bangunan Kubu Alice. Kali terakhir saya ke Sri Aman semasa pesta benak nampaknya bangunan kubu Alice sudah dirobohkan...tak tahulah kenapa mungkin keadaan rumahnya sudah uzur atau hendak membuat pembaharuan. Nasib baik saya sempat ambik gambar sebagai kenangan.



tadaaa gambar empunya blog


ini la kawan yang menemani ekin.. dari kiri sern, harry, dayang dengan francis..they very friendly and funny friend..ketawa je sepanjang pejalanan.



kat sini banyak pokok kapas..di tiup angin petang perrhh indah sungguh..



ini la batang lupar yang tekenal itu...view from waterfront le..


nah ini la kubu Alice. sayang tidak terawat.kini dirobohkan pula..mungkin nak buat baru kot..



kreatif tak haha.. biasa je kot




here we are..jeng jeng

sebelah waterfornt ada ini...



cantik...

bahagian pasar 



semasa minum kat open air sempat tengok nie..sangat dekat masa tu..


lastly..my favorite picture...indah bukan..banyak bertaburan sekeliling bukit tu...


tips :kalau nak datang ke waterfront waktu petang paling bagus..sekitar pukul 6





No comments:

Post a Comment