Pages

Sunday 30 June 2013

Hari-hari terakhir

Tak terasa dah tiga tahun menuntut ilmu di bumi Samarahan. Bagaikan semalam ekin masuk ke Unimas. Dengan muka skema melihat Unimas yang sangat gah. Tapi kini menghitung hari pula nak balik ke kampung halaman. Tiba masanya naik ke level baru dalam hidup ekin. Takut pun ada huhu.Tapi nak buat macam mana dah tiba masanya.

Sedih pun ada rasanya. Belum puas berkenalan dan berkawan dengan kawan-kawan terbaik ekin yang susah senang bersama. satu-persatu mereka hilang daripada pandangan ekin. Sekalipun pejam mata ekin tetap terus melangkah menjalani hidup ini. Kini hanya menunggu menjilid thesis .lepas itu mula la angkat barang bawa balik. Dulu masa datang sikit je barang bila nak balik bukan main banyak lagi huhu.

Apa pun sempat juga aku jadi usher untuk program muzik hari tu. Mungkin itu kali terakhir aku jadi usher. 



sempat je ambik gambar masa jadi usher untuk _RECITAL_





AHHH.. rindu korang yang pelbagai gaya dan ragam huhu..rindu nak buat event bersama





No comments:

Post a Comment