Pages

Saturday 24 August 2013

Berbekam


Assalamualaikum..

Rindu pula nak update blog. Nak kata sibuk ,tak pula sibuk ya lah cuti memanjang hehe. Biasalah penganggur sejati. Entahlah semalam tengok mak berbekam nak cuba juga . Kebetulan kami buat di rumah yakni suruh adik perempuan saya untuk pam kan. 


Selalu dengar je orang berbekam atau tengok gambar kat internet. Tak pernah rasa pula. Biasanya golongan lelaki yang selalu berbekam. Contohnya uncle2 saya yang pulang dari kerja offshore mereka menyuruh isteri mereka melakukan di belakang badan di mana dilakukan di rumah untuk kesihatan dan kesegaran badan setelah perjalanan jauh. 

Pada masa yang sama, peralatan untuk berbekam sangat murah dan mudah didapati di pasaran. Selain itu juga mudah dilakukan dan tidak memerlukan peralatan yang banyak iaitu peralatan bebekam dan minyak angin.
Dikatakan terdapat dua jenis bekam iaitu bekam kering dan basah.

Apatah lagi berbekam adalah sunnah Rasulullah. Dimana berbekam dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Kami lakukan adalah bekam kering dimana hanya disapu minyak angin dibelakang badan dan dipam menggunakan peralatannya.
Seronok la kononnya nak mencuba,sekali sakitnya belakang rasa macam dicubit orang. Dah terlanjur tahan je lah hehe. siapa suruh kata adikku haha.


Tapi bangun hari ini setelah semalam berbekam lain rasa badan. Terasa segar dan ringan. Jadi berbekam masa kini boleh dilakukan di rumah dengan minta tolong saudara perempuan melakukan. Aurat tetap terjagakan hehe..



 nah ini la peralatannya..




Thanks for reading. Right click on mouse for reading in English

No comments:

Post a Comment