Pages

Wednesday 10 August 2016

Mencari Keberkatan

      Tak terasa tinggal beberapa bulan lagi tahun 2016 bakal menutup tirai. Begitu juga tak terasa dah 2 tahun ikin bekerja sebagai promoter di sebuah shoping mall. Bermulanya alam pekerjaan memang agak mencabar bagi orang bujang dalam pengurusan kewangan. Berapa ramai daripada kalangan kita yang hujung belum hujung bulan dah sesak nafas tengok dompet kan.Apatah lagi untuk org yang kerja makan gaji Rm800 macam Ikin nie. Memang nak bagi orang tua pun tak dapat lah. Duit Rm800 tu pun tak cukup untuk seorang diri.Pening kepala dah nak berjimat macam mana. Duit mengalir bak air sungai selepas hujan..DERASSSSS...

Alhamdulillah Ikin mempunyai Ibu yang sangat memahami.Tak pernah minta duit Ikin sebab mak pun tahu gaji Ikin tu pun tak cukup sorang guna. Hujung bulan mak tanya berapa gaji lepas tu nasihat suruh Ikin berjimat..jangan membazir katanya..Subhanallah ..Sedangkan Allah mengatakan anak adalah rezeki..dengan duit yang sorang makan pun tak pernah berasa cukup..berjimat, mengurusakan perbelanjaan memang dilakukan.Dimanakah keberkatan rezeki kita..hurrmm..sebagai anak yang dibesarkan oleh orang tua tidak kah terdetik hati membahagikan sedikit rezeki buat mereka yang telah memberikan sepenuhnya kasih sayang dari kecil.. Astafirullah..

Rahmat Allah semalam terdetik hati ikin untuk bank In duit untuk ibu di kampung. Subhanallah buat pertama kali Ikin berasa seperti orang kaya.. Bertapa nikmatnya berbagi rezeki dengan orang tua.. Semoga Allah memberikan keberkatan terhadap rezeki ku.Sekalipun gaji sikit terasa banyak..Maafkan Ikin ya ibu dan ayah kerana lalai terhadap nikmat dunia dan mengejar keseronokan semata.. 

Buat para sahabat ..marilah kita saling berbagi sedikit sama merasa. Terutama orang tua kita . 

No comments:

Post a Comment