Pages

Wednesday 30 September 2015

Baby Purple The Survive

Assalamualaikum 
Salam hari rabu. Allhamdulillah hari ini yang mendamaikan buat saya kerana hari ini adalah untuk merehatkan diri setelah enam hari bekerja. Berbeza kan. sebab ikin bukan lah pekerja kerajaan yang ada cuti hujung minggu atau public holiday. Tapi tak apa janji ada rezeki untuk rehat hehe.. Yes bangun lambat lah haha ( perempuan mcm nie berapa agaknya hantaran yg sesuai ).. 

Sepatutnya lama dah ganti bekas untuk my baby purple. Tapi tak ada masa. Main tpon banyak la masa ko ikin . ceh haha.. ok ok.. sebenarnya ikin tak  tahu nama untuk cactus nie. Nama scientific dia bah. kenapa saya nama kan Purple the Survive .of coz ada kisahnya.. pada hari pertama ikin beli dan bawa balik rumah. ingat nak letak kat beranda sekali cari tak jumpa. cari punya cari tak jumpa. Ingatkan nini bawa balik rumah. Tak juga nini bawa balik. Setelah beberapa hari ,akhirnya jumpa dalam plastik buku. Kalau jenis bunga lain mahu nya tak mati dalam plastik tanpa air dan matahari kan. Hidup juga dia hehe dan membesar dengan rimbunya haha.. pokok ka rimbun... tukar guna bekas nie sebab warna purple comel bah.. semua pasu tu warna boring bah.kan kan.

Memang terlihat minat Ikin jauh berbeza dari kawan-kawan yang seumuran. Kawan semua suka bela kucing atau pun bawa tedy bear tidur hehe. Perangai nie memang terlihat sejak kecil. Kawan-kawan semua ada binatang peliharaan . Ikin masa kecil pergi cabut anak pokok limau  bawah bangunan asrama dan bawa naik ke asrama tanam dalam tin minuman. seronok dapat cium bau daun tu..Walau bagaimanapun Ikin lah penakut atau pembenci haiwan. Ikin suka bagi makan atau belai kucing. Tapi untuk memelihara memang tidak lah. hehe... Ingat nanti nak tambah koleksi cactus ikin. nak cari yang unik punya 



No comments:

Post a Comment